Austin: Kimi Antonelli mengakui bahawa dia memerlukan hujung minggu yang sempurna pada Grand Prix Amerika Syarikat untuk merealisasikan impiannya merangkul kejuaraan dunia pemandu buat kali pertama.
Pelumba Itali berusia 20 tahun itu, yang mewakili Mercedes, berpeluang menjadi juara dunia termuda dalam sejarah Formula Satu (F1) dan pelumba Itali pertama yang meraih gelaran itu sejak Alberto Ascari pada 1953.
Bagaimanapun, Antonelli perlu memenangi perlumbaan Ahad ini, manakala pencabar terdekat yang juga rakan sepasukannya, George Russell, gagal menamatkan perlumbaan dalam kelompok lapan teratas.
Dia juga memerlukan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari Ferrari, menamatkan perlumbaan di luar kelompok empat teratas.








