SHAH ALAM: Dua lelaki maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Taman Perindustrian Hicom-Glenmarie, di sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar, berkata kejadian sekitar jam 12.27 tengah malam itu membabitkan sebuah Proton Wira Aeroback dan Proton Exora.

"Proton Wira Aeroback terbabit dinaiki empat lelaki warga tempatan berusia 19 dan 20 tahun.

"Dua daripada mereka yang berumur 20 tahun disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan.