IPOH: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Raya Ipoh-Lumut, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Kwan Yiu Young, 24.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.14 petang sebelum jentera tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civic dan Proton Saga yang sedang terbakar.

“Proton Saga berkenaan musnah kira-kira 90 peratus akibat kebakaran dan terdapat dua lelaki dalam setiap kenderaan.