RIYADH: Jurucakap pakatan Arab Saudi, Mejar Jeneral Turki Al-Maliki berkata pada Khamis bahawa dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan Houthi ke arah Riyadh berjaya dipintas dan dimusnahkan.
Al-Maliki berkata, sebuah lagi peluru berpandu balistik Houthi yang menyasarkan Khamis Mushait turut berjaya dipintas dan dimusnahkan.
Pintasan terbaharu itu menyusuli serangan Houthi sebelum ini terhadap kemudahan awam, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di wilayah Asir, barat daya Arab Saudi.
Tiga orang terbunuh manakala 36 lagi cedera dalam serangan berkenaan, menurut pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi.
Dua wanita, masing-masing warga Maghribi dan Algeria, terbunuh dalam serangan terhadap Lapangan Terbang Abha, yang turut menyebabkan 28 orang cedera.









