KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) dikenakan levi pentadbiran kira-kira RM5,400 oleh Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas gagal melepasi penilaian pematuhan mandatori di bawah Peraturan FIFA Clearing House.
Hukuman itu membabitkan levi sebanyak 2.5 peratus ke atas 31 arahan pembayaran berasingan, susulan kelewatan pembayaran pampasan latihan kepada kelab pembangunan pemain berjumlah 44,878.68 euro (RM215,000).
Jumlah levi yang dikenakan dianggarkan 1,122 euro (RM5,400).
Menurut dokumen kes, 31 arahan pembayaran itu membabitkan perpindahan penyerang Colombia, Jorge Leonardo Obregon dari kelab Croatia, HNK Rijeka, serta penyerang kelahiran Brazil, Joao Figueiredo dari kelab Turkiye, RAMS Basaksehir.









