KUALA LUMPUR: Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencatatkan kerugian terkumpul RM13.20 bilion pada akhir 2025, terutama akibat rosot nilai aset dan kos keuntungan sukuk ditanggung syarikat itu.

Kementerian Kewangan berkata, UJSB - syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, ditubuhkan untuk membantu memulihkan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH) melalui pengambilalihan dan pemulihan aset yang tidak berdaya saing.

UJSB mengambil alih aset LTH bernilai RM9.7 bilion dengan harga RM19.9 bilion pada 2018.

Perbezaan RM10.2 bilion adalah premium yang diberikan kepada LTH bagi membantu pemulihan kewangannya, tetapi menjadi beban kerugian kepada UJSB melalui rosot nilai aset.