SHAH ALAM - Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli berhubung kenyataan berunsur fitnah yang didakwa diterbitkan mengenai dirinya menerusi sebuah podcast.Peguam yang mewakili Farhash, Datuk Seri Rajan Navaratnam berkata, writ saman dan Pernyataan Tuntutan difailkan pada Khamis selepas meneliti kenyataan dibuat dalam podcast di saluran YouTube milik bekas Menteri Ekonomi itu.Menurutnya, podcast bertajuk Dari Umno ke PKR: Zetrix - Kerajaan Bertukar, Kroni Berpindah? | YBM #68 itu diterbitkan pada 16 Oktober lalu dan berdurasi kira-kira tiga jam 14 minit."Podcast berkenaan mengandungi kenyataan mengenai kepentingan perniagaan Farhash, hubungan korporat, dakwaan kaitan dengan tokoh politik serta tuduhan berkaitan kronisme dan perolehan kontrak kerajaan."Dokumen mahkamah berkenaan sedang dalam proses diserahkan kepada Rafizi mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan.Menurut Rajan, tindakan itu merupakan kali kedua Farhash mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi.Beliau berkata, anak guamnya berpandangan penerbitan berulang kenyataan berunsur fitnah terhadap dirinya mempunyai unsur niat jahat dan boleh menjejaskan reputasinya."Anak guam kami memandang serius dakwaan ini dan berpendirian bahawa perkara seumpama itu perlu ditangani melalui proses undang-undang yang betul serta diputuskan berdasarkan bukti dan undang-undang yang terpakai," menurutnya.Justeru, Rajan menambah, ahli perniagaan terbabit menyerahkan perkara itu kepada mahkamah yang mulia untuk diputuskan.
Farhash saman Rafizi lagi

Key takeaways
Farhash mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi kerana kenyataan fitnah dalam podcast.
- Farhash saman Rafizi kerana kenyataan dalam podcast yang didakwa fitnah.
- Podcast itu menyentuh isu perniagaan dan kaitan politik Farhash.
- Ini merupakan tindakan undang-undang kedua Farhash terhadap Rafizi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- New Straits Times Farhash files second defamation suit against Rafizi over podcast remarks
- Berita Harian Farhash mulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi
- Sinar Harian Farhash saman Rafizi lagi (this story)








