Kuantan: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya setiap daerah di negeri ini mempunyai visi yang jelas, perancangan jangka panjang dan pentadbiran yang bijaksana bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara teratur serta memberikan manfaat kepada rakyat.
Baginda bertitah pihak pentadbiran daerah perlu mempunyai perancangan yang rapi dan berpandangan jauh, bukannya melaksanakan pembangunan secara ad hoc tanpa hala tuju yang jelas.
"Ketiadaan perancangan jangka panjang boleh mencerminkan kelemahan dalam pentadbiran. Peringatan ini bukan sahaja ditujukan kepada daerah Rompin, tetapi juga kepada semua daerah di negeri Pahang. Saya berharap agar setiap daerah mengambil perhatian terhadap perkara ini.








