Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor cadanf kerajaan rangka perancangan jangka panjang berhubung gaji minimum.PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan merangka perancangan jangka panjang berhubung gaji minimum, dengan mengumumkan kadar kenaikan bagi tahun-tahun mendatang lebih awal, agar majikan boleh membuat persiapan.
Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) berkata langkah ini agar industri sedia membuat perancangan supaya tidak terbeban.
"Kerajaan boleh mengumumkan gaji selepas dua tahun. Contohnya pada sekarang ini sudah umum 2027 berapa, 2029 berapa, 2032 naik berapa.
"Mereka (industri) tidak terkejut dengan pengumuman tersebut," katanya semasa membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.






