LUMUT – Keberkesanan sistem perparitan di Pangkor perlu diberi perhatian pihak berwajib bagi memastikan masalah banjir di pulau peranginan tersebut dapat diatasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Norhaslinda Zakaria berkata, bukan itu sahaja, pihak berkaitan juga perlu melihat aspek penyelenggaraan longkang serta tindakan susulan bagi mengatasi masalah banjir yang berulang itu.

“Banjir teruk yang kembali melanda Pulau Pangkor pagi ini amat membimbangkan. Lebih menyedihkan, masalah yang sama terus berulang dan penduduk terpaksa berhadapan dengan kesukaran setiap kali hujan lebat.

“Untuk makluman, isu banjir di Pulau Pangkor ini telah saya bangkitkan sejak tahun lalu dalam Persidangan DUN Perak,” katanya di sini, hari ini.