KUALA LUMPUR: Sebanyak 34 stesen pengawasan kualiti udara seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 8.15 pagi ini, dengan Klang dan Johan Setia di Selangor mencatat bacaan tertinggi, iaitu 192.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Larkin, Johor (188); Bukit Rambai, Melaka dan Nilai, Negeri Sembilan (185) serta Seremban, Negeri Sembilan (182).

Di Selangor, selain Klang dan Johan Setia, tiga lagi kawasan turut mencatat bacaan tidak sihat, iaitu Shah Alam (180), Banting (170), Petaling Jaya (169) dan Kuala Selangor (161).

Beberapa kawasan di Johor turut terjejas termasuk Pasir Gudang dan Batu Pahat masing merekodkan 180, Tangkak (176), Pengerang (171), Kluang (164), Kota Tinggi (162) dan Segamat (161).