PETALING JAYA: Sebanyak 17 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini, dengan Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 160.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Selangor merekodkan empat stesen pada tahap tidak sihat iaitu Klang (159), Petaling Jaya (155), Shah Alam (155) dan Banting (153).

Di Negeri Sembilan, dua stesen turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Seremban (158) dan Nilai (157).

Sementara itu, Batu Muda merekodkan bacaan 158 dan Cheras (120) di Kuala Lumpur, manakala Putrajaya mencatatkan 152.