PETALING JAYA: Pas mengamanahkan dua Menteri Besar untuk mengetuai jentera parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengetuai Jawatankuasa Induk (JKI) manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengetuai Jawatankuasa Operasi (JKO).

“Jentera utama Pas bersama negeri-negeri yang membantu sudah berada di Melaka sejak beberapa bulan lalu, sebaik sahaja PRN Negeri Sembilan selesai.

“Pimpinan Pas turut diberi mandat untuk memutuskan kawasan dan calon yang akan ditandingi selepas berunding dengan Pas Melaka,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.