Tanjung Kling: Jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor giat mengenal pasti pengundi sasaran bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Penyandang kerusi DUN Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi berkata, persiapan jentera di peringkat akar umbi digerakkan sejak lebih setahun lalu termasuk memperkemas data pengundi bagi memastikan strategi mendekati pemilih lebih tersusun.

Beliau juga memberikan kepercayaan penuh kepada jentera JR, ketua komuniti dan ketua cawangan yang melaksanakan gerak kerja secara berterusan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

"Sehingga hari ini saya beri kepercayaan penuh kepada jentera JR, ketua komuniti dan ketua cawangan yang sudah bekerja siang dan malam sejak lebih setahun lalu, cuma tunggu tekan 'butang' sahaja.