KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 malam tadi.
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Seremban mencatatkan bacaan IPU 171, diikuti Nilai, Batu Pahat dan Serian, masing-masing (166), Kluang (164) serta Larkin (163).
Bukit Rambai dan Tangkak, masing-masing merekodkan IPU 162, Bandaraya Melaka, Pasir Gudang, Sri Aman serta Kuching, masing-masing 159, manakala Batu Muda dan Alor Gajah, masing-masing 158.
Sembilan lagi lokasi mencatatkan bacaan IPU tahap tidak sihat ialah Samarahan 157, diikuti Segamat (155), Pengerang (154), Kota Tinggi, Rompin, Kapit, masing-masing 152, Port Dickson (139), Cheras (114) serta Putrajaya (109).








