Barcelona: Penyokong Barcelona jelas sudah mula berpaling tadah daripada Anthony Gordon selepas pemain sayap itu bergelut dalam kekalahan 2-4 mereka kepada Paris Saint-Germain (PSG), Selasa lalu.
Penyokong malah mendesak agar Marcus Rashford dibawa kembali daripada Manchester United.
Gordon, yang menyertai Barcelona dengan nilai £70 juta (RM382 juta) dari Newcastle pada musim panas ini, bergelut apabila berhadapan dengan Achraf Hakimi dan gagal memberikan inspirasi kepada pasukan baharunya dalam perlawanan Liga Juara-Juara yang sengit itu sekali gus mendorong sebahagian penyokong mempersoalkan sama ada mereka sepatutnya kekal bersama Rashford.
Kini, dengan perlawanan El Clasico menentang Real Madrid bakal berlangsung pada hari Ahad, penyokong Barca menyatakan pendirian mereka dengan jelas di media sosial.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F09%2F98309e24cf81c88194156e7653b4cb28.png&w=480&output=webp&q=85&we)