BARCELONA: Penyokong Barcelona jelas sudah mula berpaling tadah daripada Anthony Gordon selepas pemain sayap itu bergelut dalam kekalahan 2-4 mereka kepada Paris Saint-Germain (PSG), Selasa lalu.

Penyokong malah mendesak agar Marcus Rashford dibawa kembali daripada Manchester United.

Gordon yang menyertai Barcelona dengan nilai £70 juta (RM382 juta) dari Newcastle pada musim panas ini, bergelut apabila berhadapan dengan Achraf Hakimi dan gagal memberikan inspirasi kepada pasukan baharunya dalam perlawanan Liga Juara-Juara yang sengit itu sekali gus mendorong sebahagian penyokong mempersoalkan sama ada mereka sepatutnya kekal bersama Rashford.

Kini, dengan perlawanan El-Clasico menentang Real Madrid bakal berlangsung pada hari Ahad, penyokong Barca menyatakan pendirian mereka dengan jelas di media sosial.