KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang mewujudkan Akta Parti-Parti Politik khusus bagi mengawal selia parti politik di negara ini, berbanding di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) ketika ini, sama seperti pertubuhan lain.
Cadangan itu disuarakan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, susulan pertikaian ditimbulkan pembangkang berhubung keputusan RoS membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), baru-baru ini.
Tun Faisal mendakwa, apabila parti politik berdaftar di bawah Akta 832 yang dikawal selia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), persoalan boleh berbangkit mengenai kebebasan RoS daripada pengaruh Eksekutif walaupun Seksyen 3 (1) Akta itu secara jelas menyatakan pelantikan Pendaftar hanya dibuat Yang di-Pertuan Agong.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F09%2F98309e24cf81c88194156e7653b4cb28.png&w=480&output=webp&q=85&we)