SUNGAI PETANI: Seorang remaja lelaki maut setelah motosikal dinaiki bersama rakannya terlibat kemalangan dengan sebuah basikal di Jalan Batu Lintang, tengah malam tadi.

Mangsa, Muhammad Amirul Wafiuddin Burhanuddin, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Teluk Baiduri ke Teluk Wang Besar dengan membonceng motosikal Yamaha Y15 ditunggang rakan seusianya.

“Semasa di lokasi kejadian, motosikal mereka dipercayai melanggar sebuah basikal dinaiki lelaki berusia 57 tahun yang sedang berkayuh di di hadapan.