'Saya idam seorang Perdana Menteri daripada kalangan huffaz al-Quran pada masa depan' - Ahmad Zahid
Melaka: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyimpan hasrat untuk melihat bekas pelajar maahad tahfiz yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran, daripada mana-mana institusi pendidikan, menjawat jawatan Perdana Menteri pada masa depan.
Ahmad Zahid berkata, impian itu diharap dapat direalisasikan menerusi institusi pendidikan tahfiz, khususnya rangkaian di Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Ulul Albab Melaka, yang berjaya melahirkan generasi huffaz berilmu dan berpotensi memimpin negara.
"Cita-cita saya satu ketika nanti, Perdana Menteri Malaysia adalah seorang bergelar al-hafiz' atau al-hafizah' daripada mana-mana maahad tahfiz seluruh negara, tetapi hasrat saya biarlah datang daripada Imtiaz (SM Imtiaz Ulul Albab) kita.









