MUNICH: Bayern Munich menjangkakan ketua jurulatih mereka, Vincent Kompany akan berehat untuk satu tempoh yang agak panjang memandangkan beliau masih menjalani rawatan di hospital akibat jangkitan virus selepas rebah di padang latihan, semalam.

Bercakap dalam satu sidang media pada hari Sabtu, Pengarah Sukan Bayern, Max Eberl mengesahkan bahawa Kompany masih berada di hospital dalam keadaan yang 'stabil.'

Penolong jurulatih Kompany dari England, Aaron Danks akan menggantikan jurulatih berusia 40 tahun itu untuk perlawanan Bundesliga menentang Freiburg pada hari Ahad.

Eberl memberitahu wartawan bahawa 'pemeriksaan lanjut masih dijalankan' bagi mengenalpasti punca sebenar masalah kesihatan bekas kapten Manchester City dan Belgium itu, sementara jangka masa pemulihannya masih belum dapat dipastikan.