JOHOR BAHRU: Semua institusi pendidikan di Johor dibuka semula Isnin ini, susulan perkembangan positif situasi jerebu serta trend penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, keputusan itu dibuat susulan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dengan mengambil kira penilaian agensi berkaitan.
Beliau berkata, keputusan itu didorong oleh trend penurunan bacaan IPU di seluruh Johor sejak lima hari lalu, di samping faktor perubahan arah angin, peningkatan kelembapan, serta jangkaan hujan yang membantu mengurangkan impak jerebu.
"Pertimbangan utama turut diberi kepada penilaian risiko kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi menjamin keselamatan murid, guru, dan seluruh warga sekolah sentiasa terpelihara.






