Sebelum ini, semua sekolah di Johor ditutup selama 10 hari melibatkan lebih 1,000 sekolah dan kira-kira 600,000 pelajar susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara. (Gambar Bernama)JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memutuskan semua institusi pendidikan akan kembali beroperasi pada Isnin ini setelah mengambil kira perkembangan situasi jerebu dan penilaian agensi berkaitan.
Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Naqib Md Ghazali berkata keputusan itu dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat Johor.
Beliau berkata selain itu, perubahan arah angin yang bermula hari ini, peningkatan kelembapan dan jangkaan hujan dijangka membantu mengurangkan kesan jerebu selain mengambil kira trend penurunan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di seluruh negeri sejak lima hari lepas.







%2Ffile%2Fattachments%2F888%2Fimage_970073.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)