Pembukaan sekolah di Johor dilaksanakan secara berfasa dengan fasa pertama pada Isnin dan Selasa ini dihadkan kepada pelajar yang perlu menduduki peperiksaan, mengikut jadual ditetapkan.Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Naqib Md Ghazali berkata keputusan itu dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan seluruh bangsa Johor.

Beliau berkata tempoh itu juga akan memberi ruang kepada pihak pentadbiran sekolah dan para guru dalam melaksanakan persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia serta Ujian Akhir Sesi Akademik.

"Fasa kedua pula bermula pada Rabu dengan semua sekolah di seluruh Johor dijadual beroperasi sepenuhnya seperti biasa, tertakluk kepada perkembangan semasa kualiti udara," katanya dalam kenyataan.