KUALA LUMPUR: Selepas 12 tahun insiden gagal ujian doping, Datuk Seri Lee Chong Wei mengakui ejekan di media sosial yang mempersoalkan integritinya masih menyakitkan hati.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berkongsi kesan emosi berpanjangan akibat insiden berkenaan ketika sesi bual bicara langsung Beyond Greatness di Idea Live Arena, Petaling Jaya, semalam.

Chong Wei berkata, dia masih berdepan komen yang melabelnya sebagai atlet yang menipu menggunakan bahan terlarang meskipun panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memutuskan bahawa dia tidak berniat untuk menipu.

"Awak tanya saya sama ada ia menyakitkan? Kesakitan itu tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata.