LONDON: Pemain Queens Park Rangers (QPR), Richard Kone mengejutkan Swansea pada Sabtu selepas mencatatkan hatrik terpantas daripada sepak mula sejak rekod bola sepak Inggeris mula dicatatkan.
Kone mengambil masa kurang daripada dua minit untuk membuka tirai jaringan di Loftus Road sebelum menggandakan kelebihan tuan rumah tujuh minit kemudian.
Apabila QPR dihadiahkan sepakan penalti, beliau menyempurnakan tugasan daripada jarak 12 ela itu untuk meletakkan skuad bimbingan Julien Stephan selesa di hadapan dalam tempoh seawal suku jam pertama perlawanan.
Menerusi pencapaian itu, Kone mencatatkan hatrik terpantas dari awal perlawanan dalam empat divisyen teratas liga Inggeris sejak rekod mula dikumpulkan (pada musim 2004/05 berikutan penjenamaan semula EFL).








