LONDON: Gary Neville mendakwa Cole Palmer 'hilang pertimbangan' selepas bintang Chelsea itu dilayangkan kad merah akibat dua kad kuning berturut-turut dalam kekalahan kepada Spurs, semalam.

Palmer terlebih dahulu dilayangkan kad kuning selepas menolak Mateus Fernandes ke padang sebelum diarahkan keluar padang berikutan kekasaran yang disifatkan Neville sebagai 'sangat liar' ke atas Conor Gallagher hanya beberapa minit kemudian.

Perintah keluar padang itu berlaku selepas Chelsea ketinggalan apabila Mike Penders secara tidak sengaja menumbuk bola ke dalam gawang sendiri berpunca daripada sepakan sudut.

Penderitaan Chelsea yang beraksi dengan 10 pemain bertambah parah apabila Mathys Tel menggandakan kelebihan Spurs pada penghujung perlawanan, sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Roberto De Zerbi menjadi pasukan Tottenham kedua yang berjaya menang di Stamford Bridge dalam tempoh 36 tahun.