CHANGSHA: Pengasas syarikat pengeluar motosikal China, ZXMOTO, Zhang Xue mencipta Rekod Dunia Guinness selepas menunggang motosikal yang diubah suai sejauh 40.74 kilometer (km) di atas permukaan air terbuka di kampung halamannya di Daerah Autonomi Mayang Miao, Wilayah Hunan, tengah China.

Dengan menunggang motosikal ZXMOTO MX450 yang diubah suai khas, Zhang Xue melakukan beberapa perjalanan ulang-alik merentasi sebatang sungai bagi mencipta rekod jarak paling jauh ditempuh oleh motosikal diubah suai di atas permukaan air terbuka.

"Saya mempunyai keyakinan kuat bahawa saya boleh melakukannya. Walaupun gagal, saya akan meneruskannya tanpa berbelah bahagi. Saya benar-benar menikmati proses ini," katanya.