KATHMANDU: Tiga maut dan seorang lagi cedera selepas sebuah bot penumpang terbalik di Sungai Saptakoshi di kawasan Barahachhetra dalam daerah Sunsari di tenggara Nepal, hari ini, menurut polis, lapor Xinhua.

Bot yang membawa kira-kira 15 orang itu sedang dalam perjalanan dari daerah Bhojpur ke daerah Sunsari apabila kemalangan itu berlaku.

"Mayat mangsa meninggal dunia telah ditemukan, namun operasi menyelamat masih diteruskan," kata jurucakap Pejabat Polis Daerah Bhojpur, Ashish Rayamajhi kepada Xinhua.

Beliau berkata, jumlah sebenar penumpang akan disahkan selepas operasi menyelamat selesai.