BRUSSELS: Pihak berkuasa Perancis menahan 1,314 individu semasa tunjuk perasaan di seluruh negara pada Sabtu, manakala 53 anggota keselamatan cedera, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Kementerian Dalam Negeri Perancis hari ini.
Angka berkenaan menunjukkan penurunan ketara berbanding hari pertama perhimpunan pada 17 Oktober menyaksikan 2,628 individu ditahan dan 1,144 anggota pasukan keselamatan cedera, lapor penyiar BFMTV.
Menurut kementerian itu, seramai 410,000 orang menyertai tunjuk perasaan pada Sabtu di seluruh Perancis, termasuk 110,000 di Paris.
Bagaimanapun, kesatuan sekerja menganggarkan kehadiran di seluruh negara mencecah hampir 800,000 orang, dengan 250,000 penunjuk perasaan berada di ibu negara.








