Rom: Protes berhubung peningkatan kos sara hidup, pengembangan ketenteraan dan peningkatan perbelanjaan senjata melanda beberapa bandar Itali pada Sabtu, dengan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis dilaporkan di beberapa lokasi, menurut media Itali yang dipetik Xinhua.
Di Bologna, pertempuran berlaku antara beberapa penunjuk perasaan dengan polis pada petang Sabtu, lapor akhbar Itali Corriere della Sera.
Perkhidmatan perubatan kecemasan menerima 17 panggilan untuk bantuan dan enam orang dibawa ke hospital dengan ambulans.
Di Rom, penunjuk perasaan bertolak dari Piazza della Repubblica pada petang Sabtu untuk perarakan antiperang, menurut agensi berita ANSA.










