SHAH ALAM: Selangor merekodkan jumlah kerugian tertinggi akibat penipuan dalam talian di negara ini membabitkan kerugian RM986.79 juta tahun lalu.
Jumlah itu merangkumi hampir satu pertiga daripada keseluruhan RM2.97 bilion kerugian dicatatkan di seluruh Malaysia sepanjang 2025.
Nilai kerugian di Selangor meningkat lebih dua kali ganda berbanding RM446.16 juta direkodkan pada 2024, sekali gus menunjukkan ancaman penipuan dalam talian yang semakin meruncing.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata pihak BNM bersama institusi kewangan dan agensi penguatkuasaan terus memperkukuh benteng pertahanan bagi mengekang ancaman berkenaan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FChongZheminddssds_813354.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)