SHAH ALAM - Masyarakat perlu sentiasa berwaspada dan menyemak maklumat melalui saluran rasmi sebelum berkongsi atau memindahkan wang apabila menerima panggilan mendesak untuk berbuat demikian bagi mengelakkan kerugian akibat penipuan.Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, dalam masa sama istitusi kewangan juga mesti memperkukuh kawalan, memperjelas amaran dan bertindak pantas terhadap aktiviti mencurigakan.Menurutnya, perlindungan yang berkesan memerlukan kewaspadaan pengguna dan institusi kewangan bergerak seiring."Pada tahun 2025, kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah hampir RM3 bilion, dengan Selangor merekodkan jumlah kerugian tertinggi."Dalam dunia digital, sepuluh saat sudah memadai untuk membuat pembayaran atau memindahkan wang. Kemudahan ini banyak manfaatnya."Namun, kepantasan transaksi turut mengehadkan ruang untuk pertimbangan mendalam. Beberapa saat boleh menentukan sama ada simpanan keluarga kekal selamat atau hilang," ujarnya ketika berucap merasmikan Karnival Celik Kewangan Selangor 2026 di sini pada Sabtu.Tambah Abdul Rasheed, menyimpan secara berkala, merancang perbelanjaan, mengurus komitmen mengikut kemampuan dan mendapatkan nasihat ialah antara langkah mudah yang boleh diamalkan secara konsisten.Jelasnya, oleh itu inisiatif seperti #BijakWangChallenge menjadikan pembelajaran kewangan lebih menarik kepada generasi muda."Tahun ini, lebih 3,000 peserta dari seluruh negara telah menyertai cabaran ini."Dalam kehidupan sebenar, kebijaksanaan bukan sekadar mengetahui jawapan. Ia juga bermakna mengetahui bila perlu berhenti, bertanya dan mendapatkan nasihat," katanya.Beliau turut memberitahu, dalam tempoh sepuluh tahun, seseorang mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan, kemalangan atau kehilangan pendapatan."Pada saat itulah nilai perlindungan dan daya tahan benar-benar terserlah. Simpanan kecemasan, perlindungan yang sesuai dan akses kepada bantuan boleh menentukan sama ada sesuatu kejutan dapat diurus dengan tenang atau menjadi krisis yang berpanjangan."Sehubungan itu, pelancaran MediAsas di seluruh negara mulai akhir Januari 2027 merupakan langkah penting untuk memperluas akses kepada perlindungan perubatan asas yang lebih mampu milik dan mampan," ulasnya.
Penipuan dalam talian cecah RM3 bilion tahun 2025, masyarakat perlu berwaspada

Key takeaways
Pada tahun 2025, kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah RM3 bilion, dengan Selangor mencatatkan jumlah kerugian tertinggi.
- Masyarakat perlu berwaspada dan semak maklumat melalui saluran rasmi untuk elak penipuan.
- Institusi kewangan perlu perkukuh kawalan dan bertindak pantas terhadap aktiviti mencurigakan.
- Pembelajaran kewangan melalui inisiatif seperti #BijakWangChallenge diperkenalkan untuk generasi muda.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas
- Utusan Malaysia RM125.29 juta rugi akibat penipuan dalam talian
- Sinar Harian Penipuan dalam talian cecah RM3 bilion tahun 2025, masyarakat perlu berwaspada (this story)








