MELAKA - Sebanyak 251 kes kesalahan seksual melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying.Beliau berkata, statistik yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan bahawa keselamatan seksual dalam persekitaran pendidikan memerlukan perhatian serius dan tindakan berterusan. "Dalam menangani isu ini, kita bukan sahaja perlu mengetahui cara melindungi diri, tetapi juga memahami kaedah untuk membantu orang lain dengan betul. "Oleh itu, antara matlamat utama Skuad Waja Siswa yang membawa maksud Wanita Anti Jenayah ditubuhkan adalah untuk menggalakkan penglibatan sukarelawan dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran serta membantu menangani keganasan terhadap wanita," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Skuad Waja Siswa Negeri Melaka di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini pada Sabtu.Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Ruziah Shafei dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Hanani Sapit. Hui Ying. berkata, keganasan terhadap wanita dan gangguan seksual merupakan isu serius yang tidak boleh dipandang ringan dan perkara itu bukan sahaja berlaku dalam bentuk fizikal, malah boleh merangkumi ugutan, penghinaan, manipulasi emosi, kawalan kewangan dan gangguan seksual. Beliau berkata, sesuatu perbuatan mungkin dianggap sebagai gurauan atau tanda kasih sayang oleh pelakunya, namun apabila perbuatan itu melanggar batas peribadi, menimbulkan ketakutan atau menyebabkan seseorang berasa terancam, keadaan itu tidak seharusnya dinormalisasikan. "Penting untuk semua mengetahui bahawa terdapat saluran untuk mendapatkan bantuan dan pembelaan dan saya berharap pendedahan melalui program ini dapat membantu mahasiswa memahami hak mereka serta mengetahui langkah yang boleh diambil sekiranya berhadapan dengan gangguan seksual."Saya berharap mahasiswa UTeM tanpa mengira jantina, dapat memainkan peranan dalam menyebarkan kesedaran dan menjadi contoh kepada rakan sebaya kerana kita mahu membina generasi yang bukan sahaja memahami bahawa keganasan itu salah, tetapi juga mengetahui cara mencegahnya dan membantu mereka yang terjejas," katanya.Beliau berkata, penganjuran program itu di UTeM diharap dapat meneruskan usaha berkenaan, sekali gus memperluas penglibatan mahasiswa dalam membina persekitaran kampus yang lebih selamat. Dalam pada itu, katanya, setakat September lepas, sebanyak 340,667 sukarelawan menyertai Skuad Waja di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 264,461 orang ialah golongan wanita, manakala 76,206 orang ialah peserta lelaki.Hui Ying. berkata, jumlah itu menunjukkan bahawa usaha menangani keganasan bukanlah tanggungjawab wanita semata-mata dan penglibatan lelaki sebagai rakan sekutu amat penting dalam membina
251 kes kesalahan seksual libatkan pelajar IPT dilaporkan setakat Ogos - Hui Ying

Key takeaways
251 kes kesalahan seksual melibatkan pelajar IPT dilaporkan dari Januari hingga Ogos.
- Statistik ini menunjukkan keperluan tindakan serius terhadap keselamatan seksual dalam pendidikan.
- Skuad Waja Siswa bertujuan meningkatkan kesedaran dan bantu keganasan terhadap wanita.
- Keganasan seksual tidak hanya fizikal, tetapi juga termasuk ugutan dan manipulasi emosi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Amang seksual pelajar: Guru sekolah agama dipenjara 10 tahun
- Sinar Harian 251 kes kesalahan seksual libatkan pelajar IPT dilaporkan setakat Ogos - Hui Ying (this story)









