MELAKA - Barisan Nasional (BN) kekal dengan keputusan memperuntukkan tujuh kerusi tidak ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada Perikatan Nasional (PN), meskipun terdapat usaha untuk mendapatkan kerusi tambahan.Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu telah dipersetujui menerusi perjanjian bersama dan BN akan berpegang pada persetujuan berkenaan."Saya dengar ada usaha-usaha pengintaian itu, tetapi kita sudah ada bai’ah, perjanjian bahawa mereka diberikan peluang merangkul tujuh kerusi yang tidak ditandingi BN dan kita serah untuk pengagihan antara parti gabungan dalam PN."Setakat ini, itulah yang diputuskan dan kita pegang apa dipersetujui bersama," katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab di sini pada Sabtu.Pada Jumaat, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, PN berharap rundingan dapat diadakan bagi mendapatkan tambahan satu atau dua kerusi selain tujuh kerusi yang diumumkan sebelum ini.Media sebelum ini melaporkan Ahmad Zahid mengesahkan rundingan persefahaman politik dengan Pas telah dimuktamadkan, dengan BN akan bertanding di 21 kerusi manakala tujuh lagi diperuntukkan kepada PAS dan rakan politiknya.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, 10 November bagi pengundian awal dan 14 November sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16. - Bernama
PRN Melaka: BN kekal pendirian agihan tujuh kerusi kepada PN - Ahmad Zahid

Key takeaways
BN kekal dengan keputusan memberi tujuh kerusi kepada PN dalam PRN Melaka, meskipun ada usaha untuk tambahan kerusi.
- BN memperuntukkan tujuh kerusi kepada PN berdasarkan perjanjian bersama.
- Pengintaian untuk tambahan kerusi dilaporkan, tetapi BN tetap pada persetujuan lama.
- BN akan bertanding di 21 kerusi, manakala tujuh lagi diberikan kepada PAS dan rakan politiknya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Agihan kerusi PN-BN di PRN Melaka guna konsep penyandang
- Malaysiakini (BM) Ab Rauf kekal ketua menteri jika BN menang PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: BN kekal pendirian agihan tujuh kerusi kepada PN - Ahmad Zahid (this story)









