JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan pemilik, pemandu dan penumpang kereta Proton Wira berwarna biru susulan tular video dua lelaki duduk di atas bumbung kenderaan yang sedang bergerak di kawasan Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, terdahulu polis mengesan rakaman video dan gambar berkaitan kejadian itu kira-kira jam 9 pagi hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan rakaman itu, kereta berkenaan dilihat bergerak dari Jalan Beladau 32 menuju ke Jalan Bukit Jaya di sini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Pengangkutan Jalan 1987, berkaitan kesalahan membawa individu di luar badan kenderaan atau dalam keadaan yang boleh mengganggu kawalan pemandu serta membahayakan pengguna jalan raya lain.









