Seremban: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sedang meneliti semua keterangan termasuk pembabitan pelajar sekolah di sini, yang didakwa terkait dengan penyajian minuman beralkohol dalam satu majlis pada 5 September lalu.
Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa siasatan berkenaan bertujuan bagi memastikan fakta sebenar dapat dikenal pasti.
"Siasatan terhadap aduan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) sedang dimuktamadkan, termasuk penelitian terhadap pematuhan prosedur oleh pihak sekolah.
"Jika terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau kecuaian dalam pelaksanaan tanggungjawab, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa.










