PETALING JAYA – Detik perpisahan pasangan suami isteri yang juga pengusaha katering bersama seorang pekerja dari Bangladesh menarik perhatian pengguna media sosial, apabila mereka turut bersama-sama sebak dengan suasana tersebut.

Menerusi hantaran video TikTok Shazwin Ishak memperlihatkan suaminya memeluk pekerja tersebut dikenali sebagai Babul yang pulang ke Bangladesh selepas bekerja selama lapan tahun dengan mereka.

“Sedih lagi buat kami, pekerja sambilan yang setia bekerja dengan kami selama lapan tahun akan pulang ke Bangladesh for good (selamanya). Seorang pekerja yang sangat komited, buat kerja tak berkira, tak curi tulang, kerja sungguh-s