SHAH ALAM – Pelaksanaan insurans MediAsas bermula Januari tahun hadapan akan membuka peluang kepada rakyat negara ini mendapatkan akses rawatan kesihatan melalui polisi insurans yang ditawarkan syarikat insurans.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, kerajaan menyedari kepentingan memiliki pelan insurans bagi membolehkan rakyat mendapatkan rawatan kecemasan di hospital swasta ketika berdepan situasi mendesak.
“Pelan ini akan ditadbir dan diurus melalui kerjasama antara kerajaan dan industri bagi membantu mengawal kos penjagaan kesihatan yang lebih berkesan.
“Namun perlindungan sebenar bukan sekadar memiliki sesuatu produk. Sebaliknya, kita harus memahami keperluan seseorang individu, memandangkan keperluan setiap individu itu adalah berbeza,” katanya ketika berucap pada Karnival Celik Kewangan Selangor 20










