Kuala Lumpur: Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari kini hanya selangkah lagi untuk menjulang kejuaraan selepas mengesahkan tempat di final Terbuka Silicon Valley 2026, yang berlangsung di Redwood City, California, pada Jumaat.

Pilihan ketiga kejohanan itu bangkit mendominasi permainan selepas tewas set pertama untuk menyingkirkan wakil India, Anahat Singh 5-11, 11-6, 11-4, 11-7 dalam tempoh 37 minit, dalam pertemuan ulangan final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Sivasangari yang mempertahankan pingat emas perseorangan wanita pada Sukan Asia di Jepun bulan lalu, akan membuat perhitungan dengan pilihan kelapan Farida Mohamed dari Mesir, hari ini.

Farida mara ke peringkat akhir selepas mengetepikan pilihan ketujuh yang juga pemain tuan rumah Marina Stefanoni dalam pertarungan lima set 11-3, 4-11, 11-6, 6-11, 11-8.