BATU PAHAT: Allahyarham Putera Muhaimin Qudrat Mohd Noorwandi, 16, yang maut sejurus kereta dinaiki bersama ahli keluarga terbabas di Jalan Johor Bahru-Melaka, Bagan, di sini, malam tadi, sempat membeli hadiah sempena hari lahir adik perempuannya.
Bapanya, Mohd Noorwandi A Rahim, 41, berkata anaknya membeli hadiah itu ketika mereka sekeluarga keluar makan bersama-sama di bandar ini pada malam kejadian.
"Sempena hari lahir adiknya, Puteri Nur Fairuza Balqis, 15, arwah membeli beberapa hadiah yang sepatutnya diserahkan sebaik mereka tiba di rumah.
"Namun, hasrat arwah tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan itu. Malah, dua hari sebelum pemergiannya, arwah menunjukkan sikap sangat pemurah terhadap ibunya, Norfarahin Mohammad, 38," katanya.









