MANJUNG: Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) perlu terus diperkasakan bagi memastikan warisan seni dan budaya terpelihara, sekali gus memperkukuh jati diri bangsa dalam mendepani perubahan zaman.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata puisi dan lagu rakyat berperanan penting dalam mengekalkan identiti berkenaan kerana kedua-duanya mencerminkan pemikiran, perasaan dan nilai kehidupan sesebuah masyarakat.

Katanya, kemajuan sesebuah negara bukan sahaja bergantung pada pencapaian ekonomi dan teknologi, malah turut ditentukan oleh kekuatan identiti, nilai kemanusiaan dan warisan budaya masyarakatnya.

"Tanpa penghayatan terhadap budaya dan warisan sendiri, masyarakat berisiko kehilangan jati diri meskipun mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang.