MUNICH: Seorang bekas rakan sekerja memberi amaran kepada Julian Nagelsmann agar tidak mengambil alih tugas di Manchester United 'di mana secara dasarnya setiap pengurus akan menemui kegagalan lambat laun dalam beberapa tahun kebelakangan ini.'

Nagelsmann, 39, berada dalam senarai lima pengurus yang dirisik secara peribadi untuk menggantikan Michael Carrick yang kini berada dalam tekanan di Old Trafford.

Namun Oliver Kahn, penjaga gol legenda Jerman yang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich ketika Nagelsmann menjadi pengurus memberi amaran kepada rakan senegaranya bahawa penghijrahan ke Old Trafford mungkin bukan satu langkah yang sesuai dan satu 'risiko yang amat besar'.

Hari-hari Carrick sebagai pengurus kelihatan semakin malap selepas United tewas 1-4 di tangan Como pada aksi Liga Juara-Juara minggu ini dan beliau berisiko menyertai senarai panjang pengurus yang gagal termasuk Ruben Amorim, Erik ten Hag, Ole Gunnar Solskjaer, Jose Mourinho, Louis van Gaal dan David Moyes sejak Sir Alex Ferguson bersara pada tahun 2013.