Kuala Lumpur: Polis menahan dua warga asing yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan mayat bayi perempuan dalam tong sampah di kawasan Abdullah Hukum, Bangsar, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua suspek, masing-masing lelaki berusia 23 tahun dan wanita berusia 31 tahun, ditahan di sekitar Brickfields.

Katanya, tangkapan dibuat hasil siasatan polis dengan bantuan maklumat orang awam.

"Kita percaya mereka mempunyai kaitan dengan kes ini dan siasatan masih diteruskan.