Penampang: Selepas lebih 17 tahun diburu polis, seorang lelaki yang dikaitkan dengan kes pembunuhan di Beverly Hills, di sini, akhirnya berjaya ditahan kelmarin.

Lelaki berusia 42 tahun itu diberkas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di sebuah kediaman sekitar Kolombong, Inanam, Kota Kinabalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superintendan Arisanti Aziz berkata, penahanan suspek hasil usaha pengesanan dan siasatan berterusan pihak polis.

Katanya, lelaki terbabit dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki yang berlaku pada 11 April 2009 di Beverly Hills, Penampang.