BATU PAHAT – Hasrat seorang remaja untuk membuat kejutan sambutan hari lahir adik perempuannya hari ini tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di kilometer 140 Jalan Johor Bahru – Melaka berhampiran Surau Kampung Jalan Baru di Simpang 5 di sini malam tadi.
Kereta Proton Wira yang dinaiki Putera Muhaimin Qudrat Mohd Noor Wandi, 16, bersama lima ahli keluarga termasuk adiknya Nur Fairuza Balqis,15, dilaporkan terbabas dan melanggar sebatang pokok menyebabkannya mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala adiknya Nur Fairuza Balqis kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini tidak sempat menerima hadiah tersebut yang dibeli di Batu Pahat Mall (BP Mall) di sini malam tadi.










