Kuala Lumpur: DPMM FC sedar bakal berdepan tugas sukar apabila bertandang ke gelanggang juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi aksi separuh akhir kedua Piala FA, namun menegaskan peluang untuk bangkit tetap terbuka dan mereka tidak akan menyerah kalah lebih awal.

Ketua jurulatih DPMM FC, Jamie McAllister berkata, ketika ini skuad kendaliannya ketinggalan 0-2 selepas tewas pada aksi pertama dan sebab itu, jaringan pertama dalam perlawanan berkenaan amat penting untuk menghidupkan peluang ke final.

Jelasnya, pemain perlu membawa keyakinan tinggi ke Stadium Sultan Ismail pada 8 November depan dan percaya mereka mampu memberikan tentangan lebih sengit bagi merapatkan jurang jaringan.

"Saya percaya kami boleh melakukannya. Memang ia cabaran yang sukar, tetapi kami perlu pergi ke sana dengan keyakinan bahawa kami mampu bangkit.