Bagi memastikan caj yang dikenakan tidak membebankan.
Key takeaways
PPKMP Negeri Perak mencadangkan penyertaan kadar lesen penjaja di semua PBT supaya lebih munasabah dan tidak membebankan. Pengerusan PPKMP, Alfirza Munira Abdul Muin, menyatakan bahawa seragaman ini dijangka berlaku tahun hadapan namun masih dalam perbincangan.
- Kadar lesen penjaja kini berbeza antara PBT dengan bayaran tahunan antara RM170 hingga RM400.
- Majlis Perbandaran Manjung mengenakan kadar tertinggi sebanyak RM400 yang menimbulkan rungutan penjaja.
- PPKMP menyediakan kemudahan pinjaman ansuran untuk membantu meringankan beban kewangan penjaja.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
IPOH: Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perkasa Negeri Perak (PPKMP) menyarankan agar kadar lesen penjaja di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diseragamkan bagi memastikan caj yang dikenakan tidak membebankan golongan berkenaan.
Presiden PPKMP, Alfirza Munira Abdul Muin berkata, kadar lesen penjaja ketika ini berbeza mengikut PBT dengan bayaran tahunan antara RM170 hingga RM400.
Katanya, kadar tertinggi sebanyak RM400 dikenakan oleh Majlis Perbandaran Manjung, sekali gus menimbulkan rungutan dalam kalangan penjaja yang mengharapkan kadar lebih munasabah.
“Isu kadar lesen yang berbeza di setiap PBT ini sering dibangkitkan oleh ahli persatuan kerana ia melibatkan kos yang perlu ditanggung penjaja untuk menjalankan perniagaan.