PETALING JAYA: Hari yang sepatutnya diraikan dengan bahagian bertukar sedih apabila pempengaruh dan penyanyi, Cik B, memaklumkan bapa kandungnya, Mohd. Amin Yasin disahkan meninggal dunia pada tarikh sama ulang tahun kelahiran ibunya, Datuk Seri Vida.

Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Vida atau Hasmiza Othman menerusi laman sosialnya yang menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat anak-anaknya.

Menurut Vida, walaupun dia bersyukur dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik sempena ulang tahun kelahirannya hari ini, namun berita pemergian Allahyarham Mohd. Amin amat mengejutkan.

“Hari ini 24/10/2026 hari ulang tahun saya. Amat gembira dengan segala ucapan yang diberikan dan syukur masih diberi nyawa dan kesihatan yang baik.