Kuala Lumpur: Suasana ceria sambutan ulang tahun kelahiran usahawan, Datuk Seri Vida, hari ini bertukar duka buat anaknya, Cik B apabila menerima berita duka pemergian bapa kandungnya, Mohammad Amin Yasin, 48.
Menerusi hantarannya di Threads, Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen, 20, mengakui berada dalam keadaan bingung serta sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika ini.
"Hari ini hari jadi Mama (Datuk Seri Vida), dan hari ini juga Cik B dapat berita yang Abah dah meninggal dunia.
"I honestly don't know how to feel. A day that's supposed to be filled with happiness, but instead, I'm grieving. (Sejujurnya saya tak tahu nak rasa apa. Hari yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan, tetapi sebaliknya saya berduka). Al-Fatihah," tulisnya.










